Thursday 17 April 2014

Kisah Ex-Classmate dan Isterinya



Aku dan Man (bukan nama sebenar) merupakan rakan sekelas sewaktu di sekolah teknik tingkatan 4 dan 5. Mari aku perkenalkan sifat Man . 

Dia seorang yg sgt berbakat dalam sukan hoki. Dan dia juga bijak dlm akademik. Dan..dia juga seorang yg kuat menyakat terutama budak2 perempuan dalam kelas. Dia baik dgn senior, cikgu dan juga warden.

Aku dan dia xde la rapat mane. Cuma masa form 5 dia byk ajar kami budak2 yang agak selow termasuk aku. Dia ajar math modern, add math, kimia, fizik, lukisan kejuruteraan dan pengajian kejuruteraan. Ye.. mmg byk subjek dia ajar.. kelebihan dia pndai dan xkedekut ilmu.

Aku xperasan sejak bile aku dgn dia agak rapat. Dia byk cover aku klau budak2 laki nk menganjing aku. Sampaikan xde org yg berani kacau aku walaupun dr budak kelas lain.

Mase form 5 aku start tau yg dia mula nk mengorat budak kelas elektrik. Aku namakan dia Ina (nama tipu2). Dia satu asrama dgn aku cuma lain dorm. Jarang bertegur sapa sbb dia mmg kategori budak2 pandai dan dia course xsama dgn aku. Aku xkesah hal dia nk mengorat budak tu. Tu lantak dia. Aku pun bukan ada hati dgn Man .

Bile time blk kg hujung mggu, aku akan jd org tengah antara derang. Man akan call aku dulu sembang sikit2 then baru mntk aku call si Ina utk bgtau suruh Ina call Man. Ok.. aku call je si Ina tu.. tanpa ada perasaan cemburu.

Habis SPM aku mula lebih rapat dgn Mansbb mase tu aku bru nk start couple dgn kwn baik dia bernama Ish. Dan aku mula rase Ina dh start cemburu dgn aku sbb dia igt aku nk tackle Man. Xde org tahu yg aku couple dgn Ish kecuali Man. Dan akhirnya Ina tahu yg aku couple dgn Ish bukan Man.

Bila masing2 dh dpt tawaran sambung belajar, masing2 bawa haluan masing2. Aku paling lari terpesong coursenya. Lps tu aku jarang jumpa Mansbb dia belajar kt Johor aku plak kt S.Alam. But ada skali dia dtg S.Alam then aku temankan dia shopping parfume utk bday Ina.

Satu hari, hubungan aku dan Ish sudah sampai ke penghujungnya dan ketika itu aku berasa sgt down. Ish dumb aku btl2 mcm sampah. Aku xtau nk ngadu kt siapa. Blk Johor then jumpa Man tp ape je yg dia boleh buat. Xkn nk nasihat dan paksa Ish utk terima aku semula. Tamat kisah aku dan Ish. Dan aku makin lost contact dgn Man. Xlama ps tu aku dgn Man dan Ina berkahwin. Aku dijemput tp kat S.Alam time tu so xsempt nk dtg kenduri derang. Aku cuma berhubung dgn Ina dlm circle 99, mcm forum boleh berbual2 dgn kawan2 lama. Mase tu aku baru tahu yg Ina baru saja keguguran. Aku bersembang dan bertegur siapa dgn Ina seperti biasa. Tanpa bertanya khabar tentang Man.

Masa berlalu pergi mengikut putaran bumi. Aku ditakdirkan bertemu jodoh dgn rakan sejabat. Man dan Ina hadir mase kenduri aku walaupun terlewat. Berbual seperti biasa. Bercerita tentang anak dan kerjaya serta rakan2 kelas. Aku tak perasan perubahan wajah Ina. Yg aku tahu aku layan mereka seperti biasa, seperti rakan2 yg lain.

Kini, aku dh mempunyai 2 org cahaya mata, dan aku melihat Man dan Ina semakin bahagia.

Wabak Whatsapp mula membajiri telefon bimbit masa kini. Man telah menjadi admin kpd group exclassmate sekolah teknik dan aku ada skali dlm list tu. Masa dlm group tu aku perasan yg Man ni dh melangkah 1 level drpd yg aku jangkakan. Dia dh bergelar Dr. PHD dan mula berjinak2 dlm berdakwah islamiah. Aku byk bertanya direct kt dia utk bertanya sesuatu berkaitan dgn kemusykilan agama. Dan dia menjawab dengan berlapang dada. Ina plak suka update di fb tentang bento. Dan aku sgt kagun dgn dia yg sgt rajin membento utk anknya. Aku mula bermesej2 dgn Ina utk bercerita tentang bento. Mesej melalui fb dan juga whatsapp.

Kami semakin selesa berbual2. Tentang ank. Tentang Bento. Tanpa menyebut tentang si suami yg selalu update cerita di group. Aku bersangkan yg kami saling tiada apa2 perasaan curiga antara satu sama lain.

Minggu lps, aku menerima mesej drpd Man, memberitahu bahawa dia berada di JPJ putrajaya untuk bermesyuarat. Aku dgn hati terbuka mengajak dia utk lunch bersama sambil mengupdate cerita. Dalam masa yg sama aku mencari kwn2 lain seitar kwsn utk mkn bersama. Aku cuba elak utk kita mkn berdua. Kami mkan bertiga. Aku, Arab dan Man. 

Mkn di Ayam Kampung Putrajaya. Sambil update cerita dan berseloroh antara satu sama lain. Cerita tentang cikgu, tentang keje skrg dan tentang rakan sekelas.
Selesai mkn kami sambung lepak minum aiscream. Sambung borak. Menganjing. Mengantu. Semua ada.

Selesai. 
Balik.

Sebelum melangkah keluar kereta aku sempat berpesan
"Tq korang, tq sbb belanja aku, bile2 kita jumpa lg. Kirim salam Ina kirim salam wife ko ye Arab aku lupa nama la"

Tetiba Man menjawab "Part kirim salam tu susah sikit.. (sambil buat muka serius).. betul susah sikit..". Arab sengih mcm kerang.
Aku mencari jawapan pada persoalan diri.. menanti kalau2 dia bergurau sahaja dgn jwpn td.

Rupanya tak.. dia mmg betul2 maksudkan. Memang berat utk dia sampaikan salam aku kt Ina. 

Tapi kenapa? Ina cemburu? Curiga?

Sedangkan aku kawan kelas dia. Dan bukan mkn berdua je. Kan aku dh berbual2 dgn Ina psl bento dan psl ank2. Adakah itu pun dia masih ada rasa curiga. Curiga kt aku atau suami dia?

Nk kata aku ada hati kt Man dulu tidak langsung. Hatta aku couple dgn kwn baik dia. Bukan dgn Man. 
Dan sekarang semuanya dh berubah. Masing2 dah berkeluarga. Dah ada anak. Kenapa masih ada rasa curiga.

Kalau curiga dengan aku, apa lagi yg aku boleh buat dlm hubungan derang. Sedang aku sendiri dh move on. 
Kalau nk curiga dengan suami sndiri.. ini yg paling aku risau. Hukum curiga dengan pasangan ko, bermakna ko bersangka was2 dgn suami ko. Org yg tanggung dosa ko, org yg imamkan ko, org yg sediakan mkn minum ko, org yg menjadi ayah kpd anak2 ko. Aku jd sedih, xpaham. Kenapa ada perasaan mcm tu kt psgn kita. NO.. Pls.. jgn sekali2 bersangka dgn suami. JANGAN!!! Kalau ada pun mungkin sifat 'berhati-hati' tetapi bukan bersangka. 

Semua dh move on.. tp masih bersangka. Ko ni duduk kt dunia mana. Ko ni berpegangan apa?

Entahla. Penat

No comments:

Post a Comment