Sunday 27 April 2014

Semoga Kita Sentiasa Beringat


Aku Dh Penat Dengan PTPTN

PTPTN a.k.a PTP-pu

Aku kan.. pakkal je tau. Kalau nk ikutkan hati memang aku dh report dengan BPA mcm aku buat kt JPJ dulu. 

Aku dh buat full settlement since februari lagi tp apsal x de feedback. 

Bila call dia sound aku balik sbb xinform kt dia yg aku bayo habis.

Amboi2.. kalau xbayo tu sampai ke lubang kubur ko kejor..

Bila dh bayo buat2 pekak. Lempang nak?

Baru td aku call lg dia kata dh email on 4 hari lps aku buat settlemenet. Jadah ape email ape pun xdpt. 

Dh tu bile nk siap2 bayo ni korg bg clearance thru email je ke.. kalau nk collect kemain bersurat bagai. Keje nk jimat je ko ek. 

pppfffttttsss!!!!!

Jadi rakan-rakan.
Demi masa depan ank2 kita, marilah kita menabung di SSPN skrg. Sebulan RM100 pun xpe.Sampai depe besar.. nk masuk kolej ke.. nk sambung medic ke.. nk jd pilot ke.. nk beli boot bola ke.. nk belikan mama dia LV ke .. eh.. ok dh melalut.

Memang mak aku pesan sejak aku kecik lg.. jgn berhutang.. jgn biasakan diri berhutang xkira brp nilainya.. sbb org yg berhutang xkan hidup senang..

Bila dh besar.. bila pk2 balik.. mmg betul. Mmg susah hati duk pk hutang yg entah bila nk habis. Tp mane nk dtg duit beli keter kalau x berhutang. Xkan nk beli rumah RM450k (average nilai rumah) tunai kalau x berhutang.

Mengambil contoh cara hidup mak.
Kami tiada kereta. Basikal dan motor paling laju.
Kami tiada rumah besar. Kami tiada perabut mahal.
Semua serba sederhana. Semua yg boleh beli dgn cash. Bukan memiliki utk menunjuk.. tp memudahkan. 
Perabut mak tu dh 20 tahun masih tahan. 1 set RM600. Xde ape yg patah or rosak.
Dulu rumah lg buruk. Mak kompol duit sikit2 hasil jual kuih muih..
Dia simpan sikit2 dalam bank.. sampai satu masa mak kuarkan duit tu baru buat rumah yang agak selesa. Xbesar pun tp cukup selesa utk kami 11 beradik. Xde hutang. Semua serba sederhana.
Dan aku perasan disebabkan kesederhanaan itu, mmg mak hidup tenang. Xde org dtg kutip hutang. Xde org dtg nak merompak (Alhamdulillah.. dan mohon dijauhkan). Hidup hari2 utk mkn hari2.. bukan ketakutan hutang.

Skrg bila mak tanya.. "hutang belajar dh selesai?" aku diam.. "Jangan lengah.. nnt mati roh xditerima langit atau bumi.. cpt2 baya. Jgn bermewah sgt.. harta xbawak mati tp hutang nnt Allah tanya". Aku tunduk je. 

Malu dgn mak.

Thursday 17 April 2014

Kisah Ex-Classmate dan Isterinya



Aku dan Man (bukan nama sebenar) merupakan rakan sekelas sewaktu di sekolah teknik tingkatan 4 dan 5. Mari aku perkenalkan sifat Man . 

Dia seorang yg sgt berbakat dalam sukan hoki. Dan dia juga bijak dlm akademik. Dan..dia juga seorang yg kuat menyakat terutama budak2 perempuan dalam kelas. Dia baik dgn senior, cikgu dan juga warden.

Aku dan dia xde la rapat mane. Cuma masa form 5 dia byk ajar kami budak2 yang agak selow termasuk aku. Dia ajar math modern, add math, kimia, fizik, lukisan kejuruteraan dan pengajian kejuruteraan. Ye.. mmg byk subjek dia ajar.. kelebihan dia pndai dan xkedekut ilmu.

Aku xperasan sejak bile aku dgn dia agak rapat. Dia byk cover aku klau budak2 laki nk menganjing aku. Sampaikan xde org yg berani kacau aku walaupun dr budak kelas lain.

Mase form 5 aku start tau yg dia mula nk mengorat budak kelas elektrik. Aku namakan dia Ina (nama tipu2). Dia satu asrama dgn aku cuma lain dorm. Jarang bertegur sapa sbb dia mmg kategori budak2 pandai dan dia course xsama dgn aku. Aku xkesah hal dia nk mengorat budak tu. Tu lantak dia. Aku pun bukan ada hati dgn Man .

Bile time blk kg hujung mggu, aku akan jd org tengah antara derang. Man akan call aku dulu sembang sikit2 then baru mntk aku call si Ina utk bgtau suruh Ina call Man. Ok.. aku call je si Ina tu.. tanpa ada perasaan cemburu.

Habis SPM aku mula lebih rapat dgn Mansbb mase tu aku bru nk start couple dgn kwn baik dia bernama Ish. Dan aku mula rase Ina dh start cemburu dgn aku sbb dia igt aku nk tackle Man. Xde org tahu yg aku couple dgn Ish kecuali Man. Dan akhirnya Ina tahu yg aku couple dgn Ish bukan Man.

Bila masing2 dh dpt tawaran sambung belajar, masing2 bawa haluan masing2. Aku paling lari terpesong coursenya. Lps tu aku jarang jumpa Mansbb dia belajar kt Johor aku plak kt S.Alam. But ada skali dia dtg S.Alam then aku temankan dia shopping parfume utk bday Ina.

Satu hari, hubungan aku dan Ish sudah sampai ke penghujungnya dan ketika itu aku berasa sgt down. Ish dumb aku btl2 mcm sampah. Aku xtau nk ngadu kt siapa. Blk Johor then jumpa Man tp ape je yg dia boleh buat. Xkn nk nasihat dan paksa Ish utk terima aku semula. Tamat kisah aku dan Ish. Dan aku makin lost contact dgn Man. Xlama ps tu aku dgn Man dan Ina berkahwin. Aku dijemput tp kat S.Alam time tu so xsempt nk dtg kenduri derang. Aku cuma berhubung dgn Ina dlm circle 99, mcm forum boleh berbual2 dgn kawan2 lama. Mase tu aku baru tahu yg Ina baru saja keguguran. Aku bersembang dan bertegur siapa dgn Ina seperti biasa. Tanpa bertanya khabar tentang Man.

Masa berlalu pergi mengikut putaran bumi. Aku ditakdirkan bertemu jodoh dgn rakan sejabat. Man dan Ina hadir mase kenduri aku walaupun terlewat. Berbual seperti biasa. Bercerita tentang anak dan kerjaya serta rakan2 kelas. Aku tak perasan perubahan wajah Ina. Yg aku tahu aku layan mereka seperti biasa, seperti rakan2 yg lain.

Kini, aku dh mempunyai 2 org cahaya mata, dan aku melihat Man dan Ina semakin bahagia.

Wabak Whatsapp mula membajiri telefon bimbit masa kini. Man telah menjadi admin kpd group exclassmate sekolah teknik dan aku ada skali dlm list tu. Masa dlm group tu aku perasan yg Man ni dh melangkah 1 level drpd yg aku jangkakan. Dia dh bergelar Dr. PHD dan mula berjinak2 dlm berdakwah islamiah. Aku byk bertanya direct kt dia utk bertanya sesuatu berkaitan dgn kemusykilan agama. Dan dia menjawab dengan berlapang dada. Ina plak suka update di fb tentang bento. Dan aku sgt kagun dgn dia yg sgt rajin membento utk anknya. Aku mula bermesej2 dgn Ina utk bercerita tentang bento. Mesej melalui fb dan juga whatsapp.

Kami semakin selesa berbual2. Tentang ank. Tentang Bento. Tanpa menyebut tentang si suami yg selalu update cerita di group. Aku bersangkan yg kami saling tiada apa2 perasaan curiga antara satu sama lain.

Minggu lps, aku menerima mesej drpd Man, memberitahu bahawa dia berada di JPJ putrajaya untuk bermesyuarat. Aku dgn hati terbuka mengajak dia utk lunch bersama sambil mengupdate cerita. Dalam masa yg sama aku mencari kwn2 lain seitar kwsn utk mkn bersama. Aku cuba elak utk kita mkn berdua. Kami mkan bertiga. Aku, Arab dan Man. 

Mkn di Ayam Kampung Putrajaya. Sambil update cerita dan berseloroh antara satu sama lain. Cerita tentang cikgu, tentang keje skrg dan tentang rakan sekelas.
Selesai mkn kami sambung lepak minum aiscream. Sambung borak. Menganjing. Mengantu. Semua ada.

Selesai. 
Balik.

Sebelum melangkah keluar kereta aku sempat berpesan
"Tq korang, tq sbb belanja aku, bile2 kita jumpa lg. Kirim salam Ina kirim salam wife ko ye Arab aku lupa nama la"

Tetiba Man menjawab "Part kirim salam tu susah sikit.. (sambil buat muka serius).. betul susah sikit..". Arab sengih mcm kerang.
Aku mencari jawapan pada persoalan diri.. menanti kalau2 dia bergurau sahaja dgn jwpn td.

Rupanya tak.. dia mmg betul2 maksudkan. Memang berat utk dia sampaikan salam aku kt Ina. 

Tapi kenapa? Ina cemburu? Curiga?

Sedangkan aku kawan kelas dia. Dan bukan mkn berdua je. Kan aku dh berbual2 dgn Ina psl bento dan psl ank2. Adakah itu pun dia masih ada rasa curiga. Curiga kt aku atau suami dia?

Nk kata aku ada hati kt Man dulu tidak langsung. Hatta aku couple dgn kwn baik dia. Bukan dgn Man. 
Dan sekarang semuanya dh berubah. Masing2 dah berkeluarga. Dah ada anak. Kenapa masih ada rasa curiga.

Kalau curiga dengan aku, apa lagi yg aku boleh buat dlm hubungan derang. Sedang aku sendiri dh move on. 
Kalau nk curiga dengan suami sndiri.. ini yg paling aku risau. Hukum curiga dengan pasangan ko, bermakna ko bersangka was2 dgn suami ko. Org yg tanggung dosa ko, org yg imamkan ko, org yg sediakan mkn minum ko, org yg menjadi ayah kpd anak2 ko. Aku jd sedih, xpaham. Kenapa ada perasaan mcm tu kt psgn kita. NO.. Pls.. jgn sekali2 bersangka dgn suami. JANGAN!!! Kalau ada pun mungkin sifat 'berhati-hati' tetapi bukan bersangka. 

Semua dh move on.. tp masih bersangka. Ko ni duduk kt dunia mana. Ko ni berpegangan apa?

Entahla. Penat

Sunday 30 March 2014

Ultraman

Ilyas : Mama, ape mama nangis?
Mama : Eh manede.. mama ngantuk la.
Ilyas : Tu ada air la kt mata mama. Sape buat? Babah ke?
Mama : Yas nk tgk ultraman x?
Ilyas : Nakkkkk!!!!

Thursday 6 March 2014

Bento Beginner #5

Roti habis. Nk masak nasi xde lauk plak. 
Sibbaik ada frozen. Kuih hijau tu mmg favourite derang. Apaknye bekal karipap pusing tp xdaya nk nangkap gmbo.



"MAJULAH JEMAH UNTUK BENTO"

main lain je motto aku hari ni. Kihkihkih!!!

Wednesday 5 March 2014

Bento Beginer #4

Silakan gelak dgn bento ini. 

Saya masih beginner

Namun saya tetap berusaha.. ewah

Maafkan mata n mulut Pooh tu.. konon nk buh choclate tp xjd..
mata minion tepek pakai kertas sticker. Then lukis pakai magic pen.



Sekian laporan bento. Majulah Jemah untuk bento.

Siakap Kukus Pemanggang Ajaib

Assalam uolls

Hari ni Mak Jemah nk share psl kaedah mengukus ikan dengan menggunakan pemanggang ajaib.
Dh nama pun ajaib kn, sure byk bende boleh dipelbagaikan dengannya.

Bahan-bahannya:

1. Ikan sekor
2. lemon 2 hirisan
3. Sos tiram
4. Tomato 1 biji - potong 6 bahagian
5. Cili merah 1 biji - hiris
6. Bawang putih 2 ulas - hiris
7. Lobak merah - potong panjang2
8. Daun limau purut
9. Secubit garam
10. Air suku cawan
11. Asam boi seketul

Kekdahnye:

1. Siang dan cuci ikan sampai bersih.

2. Lumurkan garam dan sos tiram pada ikan

3. Buh ikan dalam pemanggang ajaib. masukkan semua bahan

4. Kukus sampai masak. dalam 5 menet dh masak sbnrnye.

Gmbr sebelum dipanggang

Selepas dimasak.


Selain ikan, kalian juga boleh mencuba utk mengukus pulut menggunakan pemanggang ajain ini. Pulut cepat masak dan jd lembut.


Selamat mencoba kalian.

Monday 3 March 2014

Home Made Sardin

Kakak2..
hari ni Mak Jemah nk share dgn kakak2 psl ikan sardin yg Mak Jemah buat sendiri. 

Dh lama Mak Jemah nk share tp asik bizi ngalahkan kak ros.. maafkan Mak Jemah ye kakak2..



Bahan-bahan:

1. Ikan Sardin 1 kg
2. garam secukup rase
3. tomato 2 biji.
4. Bawang besar 1 biji

Kekdahnye:

1. Mula2 Mak Jemah beli ikan sardin segar dari laut. Sekilo dlm RM8 kalau xsilap. Lps tu Mak Jemah siang ikan tersebut.. kasi potong kapla.. buang isi perut.. cuci bersih2. Letak tepi.

2. Lps tu Mak Jemah blend bawang besar dan tomato 1 biji. 1 biji tomato lagi kasi potong macam rupe dlm gmbr tu.

3. Masukkan ikan, bahan yang dikisar dan tomato yg di potong ke dalam periuk-pemasak-perlahan I mean slow cooker. Maklumla slow cooker tu dh berkurun xguna.. so skrg baru bukan kotak balik nk guna. Tggu next baby la baru enjoy2 masak bubur baby gugurl Mak Jemah. Buh air agak2 tiga-per-empat dr isi ikan. Buh garam sikit dan masak semalaman. 

4. Pagi besoknye tu buka la periuk dgn keadaan senyum. So ape lg.. pegi la tumis bawang, halia n bawang putih serta cili padi meletop utk memasak sardin yg telah lembut td. 

Ikan yg lebih tu boleh simpan dlm peti sejuk beku untuk dimasak pada masa akan datang.

Selamat mencuba uollls..

Salam sayang.

-jemah-

Tuesday 18 February 2014

Bento Beginner #3

Hari2 pun lambat.

Bangun awal pun lambat

Bangun lambat lagi la lambat

Jadual aku start 5.45 pg

5.45pg - Bgn tukar pampers dan bancuh susu Idris

5.50pg -  Turun bawah. Mula uruskan dapur. Cuci botol. Susun pinggan. Buat la perkara yg perlu kt dapur tu supaya xsakit mata bile blk keje nnt.

6.15pg - Masuk waktu Subuh. Solat.

6.25pg - Start membento. Selalu habis masa kt sini. Ralit menekap bile tgk jam dah kul 7. 

7.00pg - Mandi dan memandikan. Berperang memakai baju segala.

7.20pg - Dh kena suap bfast budak2. Wajib mkn milo crunch. Kalau menu lain mmg xnk.

7.45pg - Kena load derang masuk dlm keter. Kasut la selipar la, beg la, towel la.. semua kena usung. kalau tertinggal haruuuuuu..

8.00pg - Dh kena sampai sekolah. Layan drama pagi budak xnk g school. Adegan pujuk memujuk segala then terus ko opis.

8.25pg - Sbnrnye dr rumah ke opis dlm 10 menet paling lama.. tp sebab kwsn jambatan runtuh tu mmg selalu jammed makanya lewat la aku smpai.



Sebenarnya aku dh lari tajuk ni.


Ok.. Nah bento utk hr ini. Requested by Idris. B4 tdo dia dh sebut nk bwk snowman g school.



Gmbr blur ni sbb amek kt ipad.. then aku xtau cemana nk transfer ke pc. Send email xboleh. sudahnya aku snap.. bongok betul.. malu je PTM xtau IT. Ciiittttt...

Ok.Penat dh naip. Bye

Monday 17 February 2014

Trip to Jakarta Part 1

Pengalaman baru bagi aku menaiki pesawat AA

Sblm ni naik MAS so dh terlalu biasa dgn flight yg selesa. Eleh..  naik MAS dgn duit Kerajaan pun kepoh.. nk harapkan duit sndiri basikal je mampu *lempang laju2*

Traveling Day

Flight kami dari LCCT ke Jakarta ialah pada 15 Jan 14 jam 1.30 ptg

Kitorg sampai awal. dalam jam 11 dh tercongok. Nmpk mcm awl tp bile dh ramai2 ni nk check in beg lagi then nk minum2 ubat penenang kt bebudak ni lagi. So dalam 12.15 dh ready nk tggu kt balai berlepas.


 Ke mana2 mmg kitorg x boleh tggl m.long. Ribut jdnya nk jaga beg, jaga ank dan emak sekali. Syukur m.long memahami. Tq m.long. We love u till jannah.

Mase kt gate nk naik pesawat aku ternampak sekumpulan makcik2 dr Indonesia berpakaian seragam. Group umrah barangkali. Time nk check boarding pass n nk naik flight derang mmg xreti beratur. Kitorg yg sampai dulu kt gate pun kena cantas dgn makcik2 ni. Tau dh negara derang nnt cemana. Memang kena byk sabo.
BFF bergmbar bersama2. Seronok bawak derang jalan xde byk hal pun.

Sampai kt Airport Jakarta dalam jam 14.45 waktu Jakarta. Beza antara waktu Jakarta dan Malaysia ialah sejam. Malaysia sejam awal.

Jakarta mmg terkenal dgn macet aka jammed sana sini. Jgn terkejut kalau kena cantas time beratur.. jalan patut 2 lane himpit2 jd 4 lane.. hon sane sini mmg xberhenti. kalau kt Malaysia derang hon bila nk marah.. tp kat sane hon tu salah satu medium utk bercakap. 

Sampai je dh ada supir tunggu.. Pak Rahman ni subcon kpd Pak Sam, kitorg asal g sane mesti amek dgn Pak Sam. Orgnya sgt baik.. lemah lambut. Sesiapan memerlukan khidmat dia boleh call +628122415988. Biasanya dia akan qoute harga yang sgt berpatutan. 

Pak Rahman terus bawak kitorg ke kedai makan Sederhana Padang. Aku sgt suka kedai ni bersih dan sedap dan halal juga.

 



Style masakan padang ni bile kita duduk dia akan hidang semua lauk pauk dlm pinggan byk2 mcm ni. Sekali dgn air minum dan air cuci tangan. Tapi pastikan kena pakat2 nk amek lauk yg mana sebab bile sentuh sikit pun dia akan charge.
Masa kitorg mkn ni pak supir order kari kambing. Total makan untuk 9 org RM50.

Selesai makan kitorg terus check in di Orhardz Hotel. Penat. Settlekan budak2 mandi dan rehat2.



 Husband and kinah (anak sedara) g jalan2 sekitar bandar Jakarta mlm tu.






















Day 2 - Jakarta

Awal pagi bawak mak2 g bfast. Ank2 dgn husband masih membungkus.  Lgpun byk bekalan makanan yg kami bawak. Roti, cococrunch dan mcm2 lagi. takut mati kebulur gamaknya



Selesai makan kitorg terus ke Pasaraya Mangga Dua. Kt sini byk sgt kedai. Ala2 Pasar Payang kalau kt  Terengganu. Tapi kt sini kena hati2 sikit bile nk membeli. Sbb bila dh tawar menawar then xjd beli mmg kena maki. Kakak ipar dh kena terus xlalu dh kedai tu. KT sini byk boleh beli baju kanak2, blouse, aksesori wanita, pakaian lelaki mmg byk pilihan. Tapi kena bijak tawar.


Gmbaran kedai di Mangga Dua. Mmg byk tingkat. Jgn sampai sesat. Kt sini boleh withdraw duit kalau rase xcukup. cuma rate dia ikut bank rate compared ti tukar kt money changer.


 
Keluar dari Mangga Dua kitorg dapati tayar van pancit. Namun jgn panic sbb byk kedai2 kecik mcm ni tepi jalan. Agaknye mmg selalu byk kes tayar pancit sbb jalan kt sini byk berlubang2.

 
Satu bende yg aku suka kt Jakarta ni ialah sistem pengangkutan bas yg bagus. Ada lane utk bus sndiri. Jadi siapa naik bas mmg xkena jammed. Pastu bas dia panjang n agak tinggi. So bus stop pun kena selari dengan pintu masuk bas. 

Perut lapar makanya makan kt tempat best smlm.. Sederhana Padang. So kitorg bersolat jama' Zohor dan Asar di Restoran ni. Surau kena kongsi tp xramai sgt org. Kira ok la.

 
Anak-anak nk jugak menyempit dgn akak kinah n mak longnya. Asik buli kakak je.

 Mak and mak xhabis bercerita itu dan ini. Nasib baik la aku bawak dua2 sekali.. ada la teman nk sembang. Baru selari topic perbincangannya.

Lps balik Mangga Dua kinah kata nk tgk skirt ke Senayan Mall. Tmpt ni ala2 Pavilio kalau kt Malaysia. Semua brg branded2. Takde ramai org. Xde sesak sana sini. Oleh kerana husband dh tolong jaga ank2 mase kt Mangga Dua td, maka kali ni turn aku plak jaga ank, bagi peluang utk dia jalan2 cuci mata plak.

Ubat penenang ank2 adalah bawak pegi tempat mainan. Tmpt ni best byk pilihan mainan. Luas selesa and xramai org. Bersih. Ada cafe jual makanan siap tulis halal. Tmpt lepak sofa yg selesa. Mak siap baring2.. penat agaknya melayan ank2 muda shopping xsedar diri.


Mainlah sampai lebam. Tp kena perhati juga sbb budak2 sini lasak2. Ilyas terkena kaki budak pompuan mase turun dari gelongsong. Ada parent tu kata budak perempuan tu tolak Ilyas pakai kaki. Menangis sikit pastu sambung main lagi.


Mak2 sembang sambil makan. Jus alpukat tu mmg wajib order walau mkn di mana2 pun.
Sampai licin mak makan. Bila dh balik Malaysia mak asik sebut2 bakso dlm tempat mainan tu sedap sgt. Terasa smpai skrg. Amboi mak.. xkan nk g sane mkn bakso semata.

Lps habis mencuci mata di Senayan Mall, kitorg pun blk ke hotel dgn melalui jalan yg super sesak amat.

Maka habis la episod 1 perjalanan kami. Next aku sambung episod 2 plak ye. Tp xjanji la bila.. yg ni pun sebulan baru siap. Entah2 episod 2 tahun dpn baru release. kuang kuang kuang!!!

Bento Beginner #2

Hari ni bento mcm biasa.

Tp dh lambt. Jd buat ikut mane dan. Sbb pg td ngada2 nk masak nasik n buat sambal ikan untuk diri sendiri. 

 
 Yg ni bento utk anak2. Smlm sblm tdo tunjuk gmbr2 bento kt Idris.. Udah dia minta bento snowman pulak.. harus la esok mak try bekalkan nasi utk dia.

Yg ni bekal babah.. kesian dia kena habiskan muratabak left over mlm td.

 Ikan siakap masak sambal. Ikannya separuh je dh goreng smlm tp xde org usik pun. Makanya gigih aku tumis cili tuang atas ikan tu kalau x mmg xhabis.

Nasi putih pun nk buh kt blog ke? *Panglaju2* 

Sekian laporan bento hari ni.
Dah dah.. g buat keje.





Sunday 16 February 2014

Bento Benti

Aku ada satu penyakit

Penyakit musim namanya

Mase preggy Ilyas kemaruk menjahit. cadar, sarung bantal, barut, selimut, tirai dan mcm2 lagi. sanggup berjaga sampai 2/3 pagi semata2 nk menjahit.

Lps tu senyap.. bersalin n hidup dh mcm roller coaster terus minat menjahit terkubur.

simpan semua mesin. perca. gunting n tok neneknya

Lps tu aku minat craft. Siap pegi kelas craft. Any craft mcm felt atau clay.

Maka belila semua keperluan craft. Pastu hangat2 t**i ayam. felt kemana clay kemana.

Then minat buat bento utk Idris. But since aku super liat nk bgn pg maka bento tukar jd nasi lemak makcik kiah tepi jalan. hilang la semua utensil utk bento.

Then dtg balik kemaruk nk menjahit. Siap beli kain perca kt Mercy semata2 nk jahit cantum2 then jd tirai or selimut la kunun. Kuarkan balik mesin jahit. Beli gunting baru sbb yg lama dh hilang. Pstu asal aku dekat kt mesin ramai keliling nk kutil2 tepi mesin tu

So terbantut la niat tiap kali nk menjahit walhal kain utk buat sarung bantal dh byk potong.

So sekarang ape pulak??

Bile bukak fb kwn post gmbr dia buat bento utk ank dia.. eh.. eh.. mcm best je.. maka google n pinterest blk psl bento ni.

1st trial buat simple.. xdan nk snap gmbo. Tp Idris suka.. dia mntk lg roti dgn cheese yg ada smiley tu.
Kemaruk xhabis dgn mengoogle malah disusuli dgn kunjungan hormat ke daiso ioi mall.

 haaa.. kau.. dpt g daiso terus lupa diri. mmg la setiap brg rm5.. tp kalau dh angkut 10 brg jd brp?



So pagi ni buat utk Ilyas loving2 gitu. Roti kepit dgn nutella pon boleh. Selalu Ilyas mkn byk.. xtau la cukup ke tak roti byk ni utk dia.

 Yg ni si Idris punye.. Dia mmg suka jagung.. makan hari2 pun xde masalah. So kena la sentiasa stock jagung dlm peti ais. Oleh kerana xde bekas utk dua2 ini letak sekali, maka buh la asing. Roti kepit nutella juga. Smiley tu ngam2 kt penutup so xde tercabut mata dia kalau bawak.


Eh asik citer bekal ank je.. bekal maknye mana..
lalalala.. maknye harus la lagi curlas

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kahkahkah.. ni nama dia bekal tgh bulan yg bertujuan utk menghabiskan stock dalam peti ais.
Nenas baki masak sweetsour smlm, jagung paw Idris punye dan limau kena bwk sbb beli 2 bungkus.. dasar tamak.. sihat betul breakfast aku pg ni.. namun tekak teringin yg pedas hoi..



Wednesday 5 February 2014

Sinki Tersumbat

Tak senang betul hidup aku kalau sinki tersumbat ni. Nk berpindah ke wet kitchen kt luar tu malas plak.. sbb nk cuci botol ke ape ke mmg kt sinki ni. Yg kt luar tu untuk cuci periuk n kuali sahaja.
Nak tak nak kena juga usaha cemana nk clearkan tersumbat ni. 

Makanya aku mula la meng'google' dan mem'Pinterest' kaedah dh clearkan clog pada singki ni

1.   Try tuang air panas ke dalam lubang sinki. Kalau air xturun kita cuba kaedah kdua. Tapi kena clearkan air dlm singki tu.. pepandaila ceduk pakai gayung ke.. nk hirup pakai straw ke janji dlm sinki tu xde air.


2. Dapatkan cuka (paling kurang 1liter) dan Soda Bicarbonate yang biasa org buat campuran kalau buat cekodok pisang tu.



 3.  Kemudian taburkan Soda Bicarbonate tu ke lubang air (bubuh dalam 5 sudu) dan tuangkan cuka (agak2 satu cawan)


 

 4. Biarkan dalam setengah jam.. test dh ok ke blm.. kalau masih tersumbat lg ulang kaedah di atas dengan kuantiti yg lebih. Macam dlm kes aku.. aku ulang 3 kali.. then tinggal semalaman. Esok pg try dh clear.

 


Singki aku ni tersumbat dia sampai melimpah2 kt bawah ni jd banjir. asik2 kena mop.. aku risau anak2 aku je berlari then terjadi perkara yang tidak diingini.