Thursday 5 December 2013

Aku yang tak berapa nk rajin

Aku ada kwn yg sangat rajin masak
Aku sangat kagum dgn beliau
Sampaikan mase aku dtg melawat dia dlm pantang melahirkan ank ke-3 dia tetap masak utk aku.
Ye memasak dlm pntang beranak 3 kau mampu? Masak soto. Rendang. Lemang.
Kalau aku cuma mampu jerit sbb ank asik bergumpal
Aku sgt kagum dgn dia
Sgt kagum sbb dia yang ku kenal dulu adalah bukan morning person
Aku tau la sbb dia suka tdo 1 katil dgn aku kihkihkih
Tapi itu bukan topic perisian blog aku utk kali ini.
Cuma yang aku nk ceritakan, dia punye rajin membuatkan aku ragu2.
Mcmana dia manage tu masak itu ini di awal pg.
Mcmana nk masak kalau ank asik terjerit2.
Owh.. rupenye dia ada rahsia.
Dia kopek bawang siap2. Jd senang la dia nk masak. Kalau stgh jam jd 10 menet.
Jadi.
Aku mmg xnk kalah dgn dia
Kihkihkih
Dia kopek bawang putih dengan kekdah sangai dan kopek.
Rajin. Mmg rajin.
Sbb kekdah aku buat mmg super pemalas.
Kekdah rendam bawang putih barang stgh jam


Selak2.. terus bersih. Boleh terus simpan. Pemalas kan.

Pemalas sgt sampai nk pasang api pun xnk.

Isteri siapa la hai

Wednesday 4 December 2013

Terima kasih #1

Assalam..

Hai semua. Lama tidak menulis disebabkan oleh external hard disc yg dh xboleh nk baca semua picture aku dlm tu.
kali ini aku nk bercerita psl ucapan terima kasih yang tidak kesampaian.

Ceritanya begini..
Pada suatu hari ketika aku dalam perjalanan keluar dari pejabat pos selepas membuat telegram tipu2 untuk abg aku, aku telah terjatuh lalu terseliuh.

Mcmana boleh terjatuh? Mybe balasan tuhan sbb aku buat telegram tipu. Abang aku seorg yg bekerja di offshore sbgai tukang masak. Di offshore tidak boleh suka2 hendak blk rumah mcm kite duduk asrama dekat uitm segamat dulu. Jadi pada waktu tersebut dia sudah terlalu lama di offshore kerana tiada pengganti beliau. Makanya dia mengajar aku membuat taktik kotor utk membolehkan dia balik ke kg berjumpa ibu bapaku. "Adik kena buat telegram hr ni jugak, abg dh rindu sgt kt mak ni". Jadi aku pergi la ke pejabat pos utk membuat telegram kpd abg aku menyatakan bhw nenek aku sedang tenat (sedangkan nenek aku telah lama meninggal dunia).

Selepas keluar dr post office, aku yg pd ketika itu bru saja ditinggal kekasih yang ku syg separuh jiwa raga, yang ku simpan suku drpd hidup aku bersamanya. Yang aku sgt yakin bahawa dia adalah jodohku hak tui.
Ok, lupakan saja kisah pelamin-anganku-musnah-bagai-singapora-dilanda-todak.
Kerana terlalu bersedih dan banyak memikirkan tentang keranapan hati aku pd ketika itu aku tidak perasan yg jalan di hadapan aku tu berlubang yang agak dalam.

Aku terjelepuk ke dalam lubang yg hampir stgh kaki dalamnya. Lantas terseliuh dan sukar berjalan. Kerana terlalu sakit, aku mengesot ke bahu jalan dan duduk bagi melegakan kesakitan sambil menangis mengenangkan nasib diri.. sob.. sobb.. sedih la.. sedih la..
Semasa aku menangis sambil mengurut-urut kaki, dtg sepasang suami isteri menyapa aku

" Adik jatuh ke?"

Aku hanya mengangguk sambil menangis.

"Adik nk pegi mana ni? Meh akak tolong hantarkan"

"Sy nk pegi keje kak.. dekat summit parrade".

Dia memapah aku ke dalam kereta beliau. Proton Iswara warna biru gelap.

Semasa dlm perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 15 minit. Dia bertanya beberapa soklan yang hanya aku boleh jawab dgn angguk dan geleng kerana terlalu hiba dan sakit.

Sesampainya di lokasi, kakak tu telah memberikan 2 biji panadol sebagai ubat tahan sakit. Barangkali dia terlalu kesian melihat aku yang menahan sakit sehingga jd bisu.

Lalu aku ambil ubat tersebut sambil berlalu pergi. Sebelum itu aku hanya sempat mengucapkan terima kasih. Tanpa bertanya no telefon ataupun alamat rumah untuk aku membuat lawatan kunjung balas. Aku blah mcm tu sahaja.
Dan lupa utk menghafal nombor plat kereta pasangan yang sgt berhati mulia itu.

Aku bekerja seperti biasa.

Sampai habis waktu bekerja, aku blk rumah.

Aku kongsikan kisah sadis yg berlaku pagi tu dekat mak aku.

Dan mak aku berasa sgt kesal kerana aku tidak mengingati plat nombor pasangan tersebut. Atau paling tidak aku meminta nombor telefon supaya aku membalas jasa pasangan tersebut.

Mak sedih. Namun bersyukur kerana aku dijumpakan dgn org yg baik2 semasa aku dlm kesusahan.

Jadi kalau ada.. siapa2 yg terbaca entry ini (mcm la ramai sgt yg baca blog ko kn) yg pernah dgr cerita drpd org yg membantu tu atau mungkin kaum kerabatnya, boleh la emailkan dekat aku detail psal psngan itu kerana aku sgt terhutang budi smpai mati kt pasangan itu.

Tahun kejadian : 2003 (dalam bulan jun)
Masa kejadian : lebih kurang jam 10 pagi
Pasangan : umur lebih kurang lewat 30-an
Kereta : Proton Iswara warna biru gelap
Lokasi : betul2 depan pejabat pos besar batu pahat. Dekat jalan rahmat klau xsilap.
Pasangan telah menghantar aku dr depan pejabat pos sehingga ke summit parrade.

Sehingga ke hari ini.. kalau aku teringat aku mesti doa supaya Allah jumpakan aku dgn pasangan tersebut. Supaya aku dpt balas balik kebaikan yang telah dia buat kt aku. Atau mungkin aku mmg takkan dpt bertemu dgn mereka, aku doakan supaya Allah memelihara pasangan tersebut daripada sebarang marabahaya. Dan Allah membalas kebaikkan yang pasangan itu buat pada aku dengan sejuta kebaikan kpd mereka.

Aamiin.