Tuesday 18 February 2014

Bento Beginner #3

Hari2 pun lambat.

Bangun awal pun lambat

Bangun lambat lagi la lambat

Jadual aku start 5.45 pg

5.45pg - Bgn tukar pampers dan bancuh susu Idris

5.50pg -  Turun bawah. Mula uruskan dapur. Cuci botol. Susun pinggan. Buat la perkara yg perlu kt dapur tu supaya xsakit mata bile blk keje nnt.

6.15pg - Masuk waktu Subuh. Solat.

6.25pg - Start membento. Selalu habis masa kt sini. Ralit menekap bile tgk jam dah kul 7. 

7.00pg - Mandi dan memandikan. Berperang memakai baju segala.

7.20pg - Dh kena suap bfast budak2. Wajib mkn milo crunch. Kalau menu lain mmg xnk.

7.45pg - Kena load derang masuk dlm keter. Kasut la selipar la, beg la, towel la.. semua kena usung. kalau tertinggal haruuuuuu..

8.00pg - Dh kena sampai sekolah. Layan drama pagi budak xnk g school. Adegan pujuk memujuk segala then terus ko opis.

8.25pg - Sbnrnye dr rumah ke opis dlm 10 menet paling lama.. tp sebab kwsn jambatan runtuh tu mmg selalu jammed makanya lewat la aku smpai.



Sebenarnya aku dh lari tajuk ni.


Ok.. Nah bento utk hr ini. Requested by Idris. B4 tdo dia dh sebut nk bwk snowman g school.



Gmbr blur ni sbb amek kt ipad.. then aku xtau cemana nk transfer ke pc. Send email xboleh. sudahnya aku snap.. bongok betul.. malu je PTM xtau IT. Ciiittttt...

Ok.Penat dh naip. Bye

Monday 17 February 2014

Trip to Jakarta Part 1

Pengalaman baru bagi aku menaiki pesawat AA

Sblm ni naik MAS so dh terlalu biasa dgn flight yg selesa. Eleh..  naik MAS dgn duit Kerajaan pun kepoh.. nk harapkan duit sndiri basikal je mampu *lempang laju2*

Traveling Day

Flight kami dari LCCT ke Jakarta ialah pada 15 Jan 14 jam 1.30 ptg

Kitorg sampai awal. dalam jam 11 dh tercongok. Nmpk mcm awl tp bile dh ramai2 ni nk check in beg lagi then nk minum2 ubat penenang kt bebudak ni lagi. So dalam 12.15 dh ready nk tggu kt balai berlepas.


 Ke mana2 mmg kitorg x boleh tggl m.long. Ribut jdnya nk jaga beg, jaga ank dan emak sekali. Syukur m.long memahami. Tq m.long. We love u till jannah.

Mase kt gate nk naik pesawat aku ternampak sekumpulan makcik2 dr Indonesia berpakaian seragam. Group umrah barangkali. Time nk check boarding pass n nk naik flight derang mmg xreti beratur. Kitorg yg sampai dulu kt gate pun kena cantas dgn makcik2 ni. Tau dh negara derang nnt cemana. Memang kena byk sabo.
BFF bergmbar bersama2. Seronok bawak derang jalan xde byk hal pun.

Sampai kt Airport Jakarta dalam jam 14.45 waktu Jakarta. Beza antara waktu Jakarta dan Malaysia ialah sejam. Malaysia sejam awal.

Jakarta mmg terkenal dgn macet aka jammed sana sini. Jgn terkejut kalau kena cantas time beratur.. jalan patut 2 lane himpit2 jd 4 lane.. hon sane sini mmg xberhenti. kalau kt Malaysia derang hon bila nk marah.. tp kat sane hon tu salah satu medium utk bercakap. 

Sampai je dh ada supir tunggu.. Pak Rahman ni subcon kpd Pak Sam, kitorg asal g sane mesti amek dgn Pak Sam. Orgnya sgt baik.. lemah lambut. Sesiapan memerlukan khidmat dia boleh call +628122415988. Biasanya dia akan qoute harga yang sgt berpatutan. 

Pak Rahman terus bawak kitorg ke kedai makan Sederhana Padang. Aku sgt suka kedai ni bersih dan sedap dan halal juga.

 



Style masakan padang ni bile kita duduk dia akan hidang semua lauk pauk dlm pinggan byk2 mcm ni. Sekali dgn air minum dan air cuci tangan. Tapi pastikan kena pakat2 nk amek lauk yg mana sebab bile sentuh sikit pun dia akan charge.
Masa kitorg mkn ni pak supir order kari kambing. Total makan untuk 9 org RM50.

Selesai makan kitorg terus check in di Orhardz Hotel. Penat. Settlekan budak2 mandi dan rehat2.



 Husband and kinah (anak sedara) g jalan2 sekitar bandar Jakarta mlm tu.






















Day 2 - Jakarta

Awal pagi bawak mak2 g bfast. Ank2 dgn husband masih membungkus.  Lgpun byk bekalan makanan yg kami bawak. Roti, cococrunch dan mcm2 lagi. takut mati kebulur gamaknya



Selesai makan kitorg terus ke Pasaraya Mangga Dua. Kt sini byk sgt kedai. Ala2 Pasar Payang kalau kt  Terengganu. Tapi kt sini kena hati2 sikit bile nk membeli. Sbb bila dh tawar menawar then xjd beli mmg kena maki. Kakak ipar dh kena terus xlalu dh kedai tu. KT sini byk boleh beli baju kanak2, blouse, aksesori wanita, pakaian lelaki mmg byk pilihan. Tapi kena bijak tawar.


Gmbaran kedai di Mangga Dua. Mmg byk tingkat. Jgn sampai sesat. Kt sini boleh withdraw duit kalau rase xcukup. cuma rate dia ikut bank rate compared ti tukar kt money changer.


 
Keluar dari Mangga Dua kitorg dapati tayar van pancit. Namun jgn panic sbb byk kedai2 kecik mcm ni tepi jalan. Agaknye mmg selalu byk kes tayar pancit sbb jalan kt sini byk berlubang2.

 
Satu bende yg aku suka kt Jakarta ni ialah sistem pengangkutan bas yg bagus. Ada lane utk bus sndiri. Jadi siapa naik bas mmg xkena jammed. Pastu bas dia panjang n agak tinggi. So bus stop pun kena selari dengan pintu masuk bas. 

Perut lapar makanya makan kt tempat best smlm.. Sederhana Padang. So kitorg bersolat jama' Zohor dan Asar di Restoran ni. Surau kena kongsi tp xramai sgt org. Kira ok la.

 
Anak-anak nk jugak menyempit dgn akak kinah n mak longnya. Asik buli kakak je.

 Mak and mak xhabis bercerita itu dan ini. Nasib baik la aku bawak dua2 sekali.. ada la teman nk sembang. Baru selari topic perbincangannya.

Lps balik Mangga Dua kinah kata nk tgk skirt ke Senayan Mall. Tmpt ni ala2 Pavilio kalau kt Malaysia. Semua brg branded2. Takde ramai org. Xde sesak sana sini. Oleh kerana husband dh tolong jaga ank2 mase kt Mangga Dua td, maka kali ni turn aku plak jaga ank, bagi peluang utk dia jalan2 cuci mata plak.

Ubat penenang ank2 adalah bawak pegi tempat mainan. Tmpt ni best byk pilihan mainan. Luas selesa and xramai org. Bersih. Ada cafe jual makanan siap tulis halal. Tmpt lepak sofa yg selesa. Mak siap baring2.. penat agaknya melayan ank2 muda shopping xsedar diri.


Mainlah sampai lebam. Tp kena perhati juga sbb budak2 sini lasak2. Ilyas terkena kaki budak pompuan mase turun dari gelongsong. Ada parent tu kata budak perempuan tu tolak Ilyas pakai kaki. Menangis sikit pastu sambung main lagi.


Mak2 sembang sambil makan. Jus alpukat tu mmg wajib order walau mkn di mana2 pun.
Sampai licin mak makan. Bila dh balik Malaysia mak asik sebut2 bakso dlm tempat mainan tu sedap sgt. Terasa smpai skrg. Amboi mak.. xkan nk g sane mkn bakso semata.

Lps habis mencuci mata di Senayan Mall, kitorg pun blk ke hotel dgn melalui jalan yg super sesak amat.

Maka habis la episod 1 perjalanan kami. Next aku sambung episod 2 plak ye. Tp xjanji la bila.. yg ni pun sebulan baru siap. Entah2 episod 2 tahun dpn baru release. kuang kuang kuang!!!

Bento Beginner #2

Hari ni bento mcm biasa.

Tp dh lambt. Jd buat ikut mane dan. Sbb pg td ngada2 nk masak nasik n buat sambal ikan untuk diri sendiri. 

 
 Yg ni bento utk anak2. Smlm sblm tdo tunjuk gmbr2 bento kt Idris.. Udah dia minta bento snowman pulak.. harus la esok mak try bekalkan nasi utk dia.

Yg ni bekal babah.. kesian dia kena habiskan muratabak left over mlm td.

 Ikan siakap masak sambal. Ikannya separuh je dh goreng smlm tp xde org usik pun. Makanya gigih aku tumis cili tuang atas ikan tu kalau x mmg xhabis.

Nasi putih pun nk buh kt blog ke? *Panglaju2* 

Sekian laporan bento hari ni.
Dah dah.. g buat keje.





Sunday 16 February 2014

Bento Benti

Aku ada satu penyakit

Penyakit musim namanya

Mase preggy Ilyas kemaruk menjahit. cadar, sarung bantal, barut, selimut, tirai dan mcm2 lagi. sanggup berjaga sampai 2/3 pagi semata2 nk menjahit.

Lps tu senyap.. bersalin n hidup dh mcm roller coaster terus minat menjahit terkubur.

simpan semua mesin. perca. gunting n tok neneknya

Lps tu aku minat craft. Siap pegi kelas craft. Any craft mcm felt atau clay.

Maka belila semua keperluan craft. Pastu hangat2 t**i ayam. felt kemana clay kemana.

Then minat buat bento utk Idris. But since aku super liat nk bgn pg maka bento tukar jd nasi lemak makcik kiah tepi jalan. hilang la semua utensil utk bento.

Then dtg balik kemaruk nk menjahit. Siap beli kain perca kt Mercy semata2 nk jahit cantum2 then jd tirai or selimut la kunun. Kuarkan balik mesin jahit. Beli gunting baru sbb yg lama dh hilang. Pstu asal aku dekat kt mesin ramai keliling nk kutil2 tepi mesin tu

So terbantut la niat tiap kali nk menjahit walhal kain utk buat sarung bantal dh byk potong.

So sekarang ape pulak??

Bile bukak fb kwn post gmbr dia buat bento utk ank dia.. eh.. eh.. mcm best je.. maka google n pinterest blk psl bento ni.

1st trial buat simple.. xdan nk snap gmbo. Tp Idris suka.. dia mntk lg roti dgn cheese yg ada smiley tu.
Kemaruk xhabis dgn mengoogle malah disusuli dgn kunjungan hormat ke daiso ioi mall.

 haaa.. kau.. dpt g daiso terus lupa diri. mmg la setiap brg rm5.. tp kalau dh angkut 10 brg jd brp?



So pagi ni buat utk Ilyas loving2 gitu. Roti kepit dgn nutella pon boleh. Selalu Ilyas mkn byk.. xtau la cukup ke tak roti byk ni utk dia.

 Yg ni si Idris punye.. Dia mmg suka jagung.. makan hari2 pun xde masalah. So kena la sentiasa stock jagung dlm peti ais. Oleh kerana xde bekas utk dua2 ini letak sekali, maka buh la asing. Roti kepit nutella juga. Smiley tu ngam2 kt penutup so xde tercabut mata dia kalau bawak.


Eh asik citer bekal ank je.. bekal maknye mana..
lalalala.. maknye harus la lagi curlas

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kahkahkah.. ni nama dia bekal tgh bulan yg bertujuan utk menghabiskan stock dalam peti ais.
Nenas baki masak sweetsour smlm, jagung paw Idris punye dan limau kena bwk sbb beli 2 bungkus.. dasar tamak.. sihat betul breakfast aku pg ni.. namun tekak teringin yg pedas hoi..



Wednesday 5 February 2014

Sinki Tersumbat

Tak senang betul hidup aku kalau sinki tersumbat ni. Nk berpindah ke wet kitchen kt luar tu malas plak.. sbb nk cuci botol ke ape ke mmg kt sinki ni. Yg kt luar tu untuk cuci periuk n kuali sahaja.
Nak tak nak kena juga usaha cemana nk clearkan tersumbat ni. 

Makanya aku mula la meng'google' dan mem'Pinterest' kaedah dh clearkan clog pada singki ni

1.   Try tuang air panas ke dalam lubang sinki. Kalau air xturun kita cuba kaedah kdua. Tapi kena clearkan air dlm singki tu.. pepandaila ceduk pakai gayung ke.. nk hirup pakai straw ke janji dlm sinki tu xde air.


2. Dapatkan cuka (paling kurang 1liter) dan Soda Bicarbonate yang biasa org buat campuran kalau buat cekodok pisang tu.



 3.  Kemudian taburkan Soda Bicarbonate tu ke lubang air (bubuh dalam 5 sudu) dan tuangkan cuka (agak2 satu cawan)


 

 4. Biarkan dalam setengah jam.. test dh ok ke blm.. kalau masih tersumbat lg ulang kaedah di atas dengan kuantiti yg lebih. Macam dlm kes aku.. aku ulang 3 kali.. then tinggal semalaman. Esok pg try dh clear.

 


Singki aku ni tersumbat dia sampai melimpah2 kt bawah ni jd banjir. asik2 kena mop.. aku risau anak2 aku je berlari then terjadi perkara yang tidak diingini.


Tuesday 4 February 2014

Aku-JPJ-BPA

Assalam kalian.

Siapa pernah dengar pasal BPA (Biro Pengaduan Awam)? Aku pernah dengar pasal tribunal pengguna dulu2 masa belajar. Lecturer kata kalau kita rase xpuas hati maybe psl peniaga, atau masalah semasa nk beli rumah atau teranianya oleh mana2 organisasi kita boleh laporkan ke tribunal pengguna. Lecturer aku kata mmg sgt efficient but then xramai yg manfaatkan. Maybe xramai tau fungsinya. BPA ni lebih kurang mcm tu la fungsinya. 

Ceritanya bermula begini. 

Cermin kereta aku ditampal dengan tinted yang amat gelap. Mmg xlepas kalau buat inspection. Tujuan aku tinted gelap2 adalah kerana dulu kala ank aku mmg gemar menyusu di dalam kereta. Sehingga aku disekodeng pemandu lain terutama pemandu lori atau bas. Lantas aku memasangkan tinted agak gelap memandangkan sudah byk kali auratku terlihat oleh org luar. Kena tahan jpj tu blkg kira sbb kereta ni hanya berjalan dr rumah ke opis ke dlm 10 menet.

Asalnya mmg aku xterfikir yg JPJ akan buat road block di cyberjaya. Pulaknya dia buat betul2 kt laluan aku nk g opis. 

Satu hari tu aku dtg opis lmbt sbb ank aku meragam xnk g rumah pengasuh. Lebih kurang 11.30 baru aku nk gerak ke opis. Makanya aku pun melalui road block yg mane pd mase itu tidak byk kenderaan  melalui road blocl tersebut. Maka di tahan la aku ni oleh pegawai gred 17. Dia memberikan surat supaya aku membuat inspection di mana2 JPJ untuk semakan cermin gelap.

Dengan muka ketatnya aku mengambil surat tersebut dan blah. Drpada ko duk tahan2 aku baik ko kejar lori2 hantu bukan main belambak kt area rumah aku. Baik saman mat2 rempit yg duk berlumba sana sini tiap2 malam. Baik saman kereta2 yg obviously modified dengan exzose besar yg membingitkan. Bongok!!!

8 Julai aku pun ke JPJ Bangi utk buat inspection.
JPJ bangi ni mmg hazab la nk cri parking. Aku park kt depan shoplot belakang JPJ tu. Mmg jauh amat nk menapak. Pulak tu bahagian inspection duk tingkat 1. Kena pulak naik tangga. Bile dipanggil dikaunter tu dia suruh alih keter.. parking depan pintu JPJ then tggu sampai dia dtg utk inspection. Bongok skali lg. Nk keja senang je ko kan.. Lps inspection pun sama.. kena cari parking then kena naik balik utk amek result. Mmg mcm jahanam aku ckp. Dlm hati menyumpah2 xhingat.
Selepas selesai inspection aku diberikan kertas putih sebagai bukti yg cermin aku mmg clear xde tinted. Bhabibul.

Nk dijadikan cerita, pada 11 Disember hr tu aku dpt surat dr mahkamah Jalan Duta. Suruh aku g ke mahkamah sbb engkar arahan utk buat inspection. Watder.....
Terus suami tanya aku.. "result inspection hr tu mane? tu pentingnya buat fail. xde la hilang2"

gulp

Mati la.. sah sah suami xnk tolong dh.

esoknya. bile masuk opis aku terus call JPJ. Pegawai tu ckp kena dtg JPJ bangi utk mntk blk copy result hr tu.

Ok.. xpe.. so aku gagahkan diri pegi JPJ bangi utk dptkan blk salinan result tu.

"Puan.. kami perlukan masa utk dapatkan semula result inspection puan"

"Xboleh dptkan sekarang ke sbb sy dtg dr cyber ni. nk dtg balik mmg agak susah. lgpun sy igt tarikh sy buat inspection tu bila"

"Pegawai yg incharge tu xde la hr ni puan"

Kepala h***k ko la bg alasan mcm tu. xkan xde back up.. sorg tu jaga inspection sorg tu la yg ko harap.. xde team ke JPJ. agak2 la nk membongak.. aku pun gomen gak.

Aku blk dengan tangan kosong. Dlam otak ligat pk cemana nk setllekan sbb last date ke mahkamah is on 24 Jan 2014. Dan aku akan ke Jakarta from 15-22 Jan.

Sempat ke ni???? habisla kena marah dgn suami.

Puas aku cari kaki kt JPJ ni.. semua org aku tanya
1. Jiran kpd kawan aku - xleh tolong sbb dh transfer ke JPJ putrajaya
2. Kawan opis transfer ke JPJ putrajaya, dia emailkan ke JPJ bangi pun xde ape2 berlaku
3. Kawan kepada kawan kata dia check kt sistem my SIKAP xde data aku buat inspection.

JADAHNYA!!!!

Lepas aku g bangi utk dptkan salinan  result hr tu.. tiap2 hari aku akan call JPJ bangi utk tanyakan status.
dan macam2 alasan diorang bg.
habistu.. bile boleh selesai???

Dan yang terakhir aku dpt advice dr kawan opis aku..

"Ko try la isi kt Biro Pengaduan Awam.. aku dgr sistem tu bagus.. derang selesaikan dlm seminggu"

"Serius!!!.. Ok aku try"



Aku terus bukak website http://www.pcb.gov.my/bm then pergi ke 'Buat Aduan' dan lengkapkan borang kt situ. Aku cerita kronologi cerita aku.

Jam 4.50 petang aku submit. Lps submit dia akan bg no rujukan aduan.


and guess what?

jam 11.30 mlm aku dpt email. BPA dh hntr laporan aku ke JPJ then cc ke MOT and aku.

so fastt.. serious. Mcm xpercaya.

Dan pada hari Isnin minggu depannya aku dpt salinan laporan yang lebih terperinci. BPA hnatr ke JPJ dan MOT untuk dapatkan maklum balas.

Aku nmpk dlm email tu JPJ ada reply menyatakan yang pihaknya dalam tindakan untuk mendapatkan semula salinan tersebut.

3 Jan 2014 mase ni aku kelam kabut kt emegresen dengan si Ilyas yg meragam sbb lama sgt kena tunggu aku dpt call dr JPJ bgtau salinan keputusan tu dh ready. Dh boleh collect kt JPJ bangi. Dan dia maklumkan juga yg data di Mahkamah Jalan Duta dh dikemaskini.




So ptg Jumaat tu juga aku terus ke JPJ bangi. Aku berazam kali ni utk simpan dengan rapi salinan tersebut bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.
Seminggu kemudian aku dpt surat dari BPA. Kronologi, laporan, maklum balas dan ulasan daripada JPJ berkenaan isu aku. Paling xboleh blah bila dia ckp bilik tu berkunci, pegawai bercuti then xde backup yg boleh access ke bilik tu. Malas nk ulas. Sbb aku pun keje gomen tp xde la hampeh mcm ni.






Kenangan pokok pisang

Aku sgt syg pokok pisang yg suami tanam kt tepi rumah aku ni. Ank pisang asal dr rumah mak kt Jjohor. Pisang lastari katanya. Pisang ni patut size biasa2 je. Xde besar xde kecik. Just nice.
Tapi bila dh tanam kt tepi rumah aku ni hasil buahnya jd besar2. 3 kali ganda dr size yg biasa. Sampai mak aku pun pelik. Dan tiap kali kitorg ambik hasil buahnya mmg xhabis nk makan sndiri. Kena agih2 ke jiran.

Pada suatu hari si suami berkata kepadaku. 

" rase mcm nk besarkan je bilik bawah ni, senang kalau mak dtg xde sempit sgt dia nk tdo"

"Tapi kn tepi tu byk pokok. Delima la.. serai la.. mama paling syg kt pokok pisang tu"

"Xpe.. boleh pindah ke pagar belakang rumah ni"

Biar btl laki aku ni. Pagar luar tu dh kira luar kawasan taman aku. Tp xpelah.. dh itu je cara menyelamatkan pokok pisang tu.

Skali aku blk keje mggu lps tgk2 rumah dh dlm keadaan mcm ni.




mane pegi pokok pisang aku?

Yg pokok dia bukan main subur tu. Yg daun dia puas aku guna tiap kali bakar ikan. Yg buah dia gebu2 sampai xhabis makan ank beranak.. 

 Banyak anak dia kalau nk tanam kt tmpt lain pun boleh. Tapi kederat siapa aku nk kerah.



semua habis ditebang *bergenang air mata.

Laki aku ni klau hal2 berkaitan dgn rumah mmg xsimpan lama. Ada peluang je terus jalan. Sbb dia kata lmbt lain kos akan makin tinggi. Kalau dulu mase awal2 masuk rumah harga simen satu beg RM9 skrg dh RM18. Akan dtg brp pula. 

Selamat tinggal pisang. Dan delima juga..


*lap air mata



Monday 3 February 2014

Mistik Ni-yang-merapik

Pada suatu malam yang sunyi, sedang semua warga dorm sedang nyenyak tido tiba2 anda terjaga kerana terasa gatal dan perlu keruk2 di bahagian gatal itu.

Sementara itu kedengaran bunyi angin sayup2 seakan bunyi ribut sedang meniup kencang.

"Wiiiiiyyyyuuuuuuuuuu!!!!"

Tirai dorm mula berkibar2 sehingga menampakkan objek yang berada di luar bangunan. Ye.. di luar kawasan dorm aku adalah hutan. Dan aku tdo menghadap tingkap yang telah tiada cermin dan menghadap belukar.

Tiba2.. aku terdengar namaku di panggil.  Ani mengajak aku untuk tido disebelahnya. Tanpa membuang masa aku bangun dan tdo sekatil dengannya. Aku merasa agak kurang selesa. Maklumla katil asrama. Ani pulak bdn xde la besar tp xde la kecik.. cuma bile berdua mmg xselesa nk mengiring atau mengubah kedudukan.

Angin masih bertiup kencang.
Dan aku mula merasakan tangan Ani merangkul lengan aku. Dalam keadaan mata terpejam aku boleh mendengar mulut Ani terkumat kamit membaca sesuatu. Kami berpelukan sehingga pagi.

Keesokkan harinya, rutin harian asrama berjalan seperti biasa. Kesan hujan mlm td jelas kelihatan di sekitar kawasan asrama. Aku terserempak dengan Ani sewaktu hendak turun solat maghrib berjemaah.

"Ani kenapa mlm td?"

"Ani terjaga dr tido terdengar bunyi angin kuat... beserta dengan bunyi hilaian di atas bumbung asrama"

"?????.. cemana Ani boleh panggil Anies?"

"Sbb Ani ternmpk Anies gerak2 sambil garu punggong"

.
.
.
.
.
.

Ni citer seram ke citer klaka..

Tp part mengilai tu mmg real. Sbb org dewan makan pernah ternmpk 'bende' tu beterbangan kt atas bumbung asrama pompuan. Nasib baik aku xdgr.. kalau tidak mau demam seminggu.

Skrg aku xleh tdo sbb gatal sgt nk buat entry ni.

Dh la esok kena bg taklimat kt Pusat Sains Negara.

Asal pejam mata je dh terbayang peristiwa kt atas. Tu blm lagi kisah jelmaan pengawas di pagi hari. Hadoi.. lg seram.

Good nite.