Wednesday, 5 February 2014

Sinki Tersumbat

Tak senang betul hidup aku kalau sinki tersumbat ni. Nk berpindah ke wet kitchen kt luar tu malas plak.. sbb nk cuci botol ke ape ke mmg kt sinki ni. Yg kt luar tu untuk cuci periuk n kuali sahaja.
Nak tak nak kena juga usaha cemana nk clearkan tersumbat ni. 

Makanya aku mula la meng'google' dan mem'Pinterest' kaedah dh clearkan clog pada singki ni

1.   Try tuang air panas ke dalam lubang sinki. Kalau air xturun kita cuba kaedah kdua. Tapi kena clearkan air dlm singki tu.. pepandaila ceduk pakai gayung ke.. nk hirup pakai straw ke janji dlm sinki tu xde air.


2. Dapatkan cuka (paling kurang 1liter) dan Soda Bicarbonate yang biasa org buat campuran kalau buat cekodok pisang tu.



 3.  Kemudian taburkan Soda Bicarbonate tu ke lubang air (bubuh dalam 5 sudu) dan tuangkan cuka (agak2 satu cawan)


 

 4. Biarkan dalam setengah jam.. test dh ok ke blm.. kalau masih tersumbat lg ulang kaedah di atas dengan kuantiti yg lebih. Macam dlm kes aku.. aku ulang 3 kali.. then tinggal semalaman. Esok pg try dh clear.

 


Singki aku ni tersumbat dia sampai melimpah2 kt bawah ni jd banjir. asik2 kena mop.. aku risau anak2 aku je berlari then terjadi perkara yang tidak diingini.


No comments:

Post a Comment