Pada suatu malam yang sunyi, sedang semua warga dorm sedang nyenyak tido tiba2 anda terjaga kerana terasa gatal dan perlu keruk2 di bahagian gatal itu.
Sementara itu kedengaran bunyi angin sayup2 seakan bunyi ribut sedang meniup kencang.
"Wiiiiiyyyyuuuuuuuuuu!!!!"
Tirai dorm mula berkibar2 sehingga menampakkan objek yang berada di luar bangunan. Ye.. di luar kawasan dorm aku adalah hutan. Dan aku tdo menghadap tingkap yang telah tiada cermin dan menghadap belukar.
Tiba2.. aku terdengar namaku di panggil. Ani mengajak aku untuk tido disebelahnya. Tanpa membuang masa aku bangun dan tdo sekatil dengannya. Aku merasa agak kurang selesa. Maklumla katil asrama. Ani pulak bdn xde la besar tp xde la kecik.. cuma bile berdua mmg xselesa nk mengiring atau mengubah kedudukan.
Angin masih bertiup kencang.
Dan aku mula merasakan tangan Ani merangkul lengan aku. Dalam keadaan mata terpejam aku boleh mendengar mulut Ani terkumat kamit membaca sesuatu. Kami berpelukan sehingga pagi.
Keesokkan harinya, rutin harian asrama berjalan seperti biasa. Kesan hujan mlm td jelas kelihatan di sekitar kawasan asrama. Aku terserempak dengan Ani sewaktu hendak turun solat maghrib berjemaah.
"Ani kenapa mlm td?"
"Ani terjaga dr tido terdengar bunyi angin kuat... beserta dengan bunyi hilaian di atas bumbung asrama"
"?????.. cemana Ani boleh panggil Anies?"
"Sbb Ani ternmpk Anies gerak2 sambil garu punggong"
.
.
.
.
.
.
Ni citer seram ke citer klaka..
Tp part mengilai tu mmg real. Sbb org dewan makan pernah ternmpk 'bende' tu beterbangan kt atas bumbung asrama pompuan. Nasib baik aku xdgr.. kalau tidak mau demam seminggu.
Skrg aku xleh tdo sbb gatal sgt nk buat entry ni.
Dh la esok kena bg taklimat kt Pusat Sains Negara.
Asal pejam mata je dh terbayang peristiwa kt atas. Tu blm lagi kisah jelmaan pengawas di pagi hari. Hadoi.. lg seram.
Good nite.
No comments:
Post a Comment