Tuesday, 4 February 2014

Aku-JPJ-BPA

Assalam kalian.

Siapa pernah dengar pasal BPA (Biro Pengaduan Awam)? Aku pernah dengar pasal tribunal pengguna dulu2 masa belajar. Lecturer kata kalau kita rase xpuas hati maybe psl peniaga, atau masalah semasa nk beli rumah atau teranianya oleh mana2 organisasi kita boleh laporkan ke tribunal pengguna. Lecturer aku kata mmg sgt efficient but then xramai yg manfaatkan. Maybe xramai tau fungsinya. BPA ni lebih kurang mcm tu la fungsinya. 

Ceritanya bermula begini. 

Cermin kereta aku ditampal dengan tinted yang amat gelap. Mmg xlepas kalau buat inspection. Tujuan aku tinted gelap2 adalah kerana dulu kala ank aku mmg gemar menyusu di dalam kereta. Sehingga aku disekodeng pemandu lain terutama pemandu lori atau bas. Lantas aku memasangkan tinted agak gelap memandangkan sudah byk kali auratku terlihat oleh org luar. Kena tahan jpj tu blkg kira sbb kereta ni hanya berjalan dr rumah ke opis ke dlm 10 menet.

Asalnya mmg aku xterfikir yg JPJ akan buat road block di cyberjaya. Pulaknya dia buat betul2 kt laluan aku nk g opis. 

Satu hari tu aku dtg opis lmbt sbb ank aku meragam xnk g rumah pengasuh. Lebih kurang 11.30 baru aku nk gerak ke opis. Makanya aku pun melalui road block yg mane pd mase itu tidak byk kenderaan  melalui road blocl tersebut. Maka di tahan la aku ni oleh pegawai gred 17. Dia memberikan surat supaya aku membuat inspection di mana2 JPJ untuk semakan cermin gelap.

Dengan muka ketatnya aku mengambil surat tersebut dan blah. Drpada ko duk tahan2 aku baik ko kejar lori2 hantu bukan main belambak kt area rumah aku. Baik saman mat2 rempit yg duk berlumba sana sini tiap2 malam. Baik saman kereta2 yg obviously modified dengan exzose besar yg membingitkan. Bongok!!!

8 Julai aku pun ke JPJ Bangi utk buat inspection.
JPJ bangi ni mmg hazab la nk cri parking. Aku park kt depan shoplot belakang JPJ tu. Mmg jauh amat nk menapak. Pulak tu bahagian inspection duk tingkat 1. Kena pulak naik tangga. Bile dipanggil dikaunter tu dia suruh alih keter.. parking depan pintu JPJ then tggu sampai dia dtg utk inspection. Bongok skali lg. Nk keja senang je ko kan.. Lps inspection pun sama.. kena cari parking then kena naik balik utk amek result. Mmg mcm jahanam aku ckp. Dlm hati menyumpah2 xhingat.
Selepas selesai inspection aku diberikan kertas putih sebagai bukti yg cermin aku mmg clear xde tinted. Bhabibul.

Nk dijadikan cerita, pada 11 Disember hr tu aku dpt surat dr mahkamah Jalan Duta. Suruh aku g ke mahkamah sbb engkar arahan utk buat inspection. Watder.....
Terus suami tanya aku.. "result inspection hr tu mane? tu pentingnya buat fail. xde la hilang2"

gulp

Mati la.. sah sah suami xnk tolong dh.

esoknya. bile masuk opis aku terus call JPJ. Pegawai tu ckp kena dtg JPJ bangi utk mntk blk copy result hr tu.

Ok.. xpe.. so aku gagahkan diri pegi JPJ bangi utk dptkan blk salinan result tu.

"Puan.. kami perlukan masa utk dapatkan semula result inspection puan"

"Xboleh dptkan sekarang ke sbb sy dtg dr cyber ni. nk dtg balik mmg agak susah. lgpun sy igt tarikh sy buat inspection tu bila"

"Pegawai yg incharge tu xde la hr ni puan"

Kepala h***k ko la bg alasan mcm tu. xkan xde back up.. sorg tu jaga inspection sorg tu la yg ko harap.. xde team ke JPJ. agak2 la nk membongak.. aku pun gomen gak.

Aku blk dengan tangan kosong. Dlam otak ligat pk cemana nk setllekan sbb last date ke mahkamah is on 24 Jan 2014. Dan aku akan ke Jakarta from 15-22 Jan.

Sempat ke ni???? habisla kena marah dgn suami.

Puas aku cari kaki kt JPJ ni.. semua org aku tanya
1. Jiran kpd kawan aku - xleh tolong sbb dh transfer ke JPJ putrajaya
2. Kawan opis transfer ke JPJ putrajaya, dia emailkan ke JPJ bangi pun xde ape2 berlaku
3. Kawan kepada kawan kata dia check kt sistem my SIKAP xde data aku buat inspection.

JADAHNYA!!!!

Lepas aku g bangi utk dptkan salinan  result hr tu.. tiap2 hari aku akan call JPJ bangi utk tanyakan status.
dan macam2 alasan diorang bg.
habistu.. bile boleh selesai???

Dan yang terakhir aku dpt advice dr kawan opis aku..

"Ko try la isi kt Biro Pengaduan Awam.. aku dgr sistem tu bagus.. derang selesaikan dlm seminggu"

"Serius!!!.. Ok aku try"



Aku terus bukak website http://www.pcb.gov.my/bm then pergi ke 'Buat Aduan' dan lengkapkan borang kt situ. Aku cerita kronologi cerita aku.

Jam 4.50 petang aku submit. Lps submit dia akan bg no rujukan aduan.


and guess what?

jam 11.30 mlm aku dpt email. BPA dh hntr laporan aku ke JPJ then cc ke MOT and aku.

so fastt.. serious. Mcm xpercaya.

Dan pada hari Isnin minggu depannya aku dpt salinan laporan yang lebih terperinci. BPA hnatr ke JPJ dan MOT untuk dapatkan maklum balas.

Aku nmpk dlm email tu JPJ ada reply menyatakan yang pihaknya dalam tindakan untuk mendapatkan semula salinan tersebut.

3 Jan 2014 mase ni aku kelam kabut kt emegresen dengan si Ilyas yg meragam sbb lama sgt kena tunggu aku dpt call dr JPJ bgtau salinan keputusan tu dh ready. Dh boleh collect kt JPJ bangi. Dan dia maklumkan juga yg data di Mahkamah Jalan Duta dh dikemaskini.




So ptg Jumaat tu juga aku terus ke JPJ bangi. Aku berazam kali ni utk simpan dengan rapi salinan tersebut bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.
Seminggu kemudian aku dpt surat dari BPA. Kronologi, laporan, maklum balas dan ulasan daripada JPJ berkenaan isu aku. Paling xboleh blah bila dia ckp bilik tu berkunci, pegawai bercuti then xde backup yg boleh access ke bilik tu. Malas nk ulas. Sbb aku pun keje gomen tp xde la hampeh mcm ni.






2 comments:

  1. Hahahahha..bravo yang...apa la jpj..tp yang lain kali marah mcm mana pun jgn buang report..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyampah dik.. sbb surat cinta JPJ tu aku n pakyem mcm berselisih faham sikit.. so bile tgk surat tu aku rase xbest.. so buang je.. skali padan muka aku. hahahahah

      Delete