Tuesday, 18 February 2014
Bento Beginner #3
Bangun awal pun lambat
Bangun lambat lagi la lambat
Jadual aku start 5.45 pg
5.45pg - Bgn tukar pampers dan bancuh susu Idris
5.50pg - Turun bawah. Mula uruskan dapur. Cuci botol. Susun pinggan. Buat la perkara yg perlu kt dapur tu supaya xsakit mata bile blk keje nnt.
6.15pg - Masuk waktu Subuh. Solat.
6.25pg - Start membento. Selalu habis masa kt sini. Ralit menekap bile tgk jam dah kul 7.
7.00pg - Mandi dan memandikan. Berperang memakai baju segala.
7.20pg - Dh kena suap bfast budak2. Wajib mkn milo crunch. Kalau menu lain mmg xnk.
7.45pg - Kena load derang masuk dlm keter. Kasut la selipar la, beg la, towel la.. semua kena usung. kalau tertinggal haruuuuuu..
8.00pg - Dh kena sampai sekolah. Layan drama pagi budak xnk g school. Adegan pujuk memujuk segala then terus ko opis.
8.25pg - Sbnrnye dr rumah ke opis dlm 10 menet paling lama.. tp sebab kwsn jambatan runtuh tu mmg selalu jammed makanya lewat la aku smpai.
Sebenarnya aku dh lari tajuk ni.
Ok.. Nah bento utk hr ini. Requested by Idris. B4 tdo dia dh sebut nk bwk snowman g school.
Gmbr blur ni sbb amek kt ipad.. then aku xtau cemana nk transfer ke pc. Send email xboleh. sudahnya aku snap.. bongok betul.. malu je PTM xtau IT. Ciiittttt...
Ok.Penat dh naip. Bye
Monday, 17 February 2014
Trip to Jakarta Part 1
Sblm ni naik MAS so dh terlalu biasa dgn flight yg selesa. Eleh.. naik MAS dgn duit Kerajaan pun kepoh.. nk harapkan duit sndiri basikal je mampu *lempang laju2*
Traveling Day
Flight kami dari LCCT ke Jakarta ialah pada 15 Jan 14 jam 1.30 ptg
Kitorg sampai awal. dalam jam 11 dh tercongok. Nmpk mcm awl tp bile dh ramai2 ni nk check in beg lagi then nk minum2 ubat penenang kt bebudak ni lagi. So dalam 12.15 dh ready nk tggu kt balai berlepas.
Pak Rahman terus bawak kitorg ke kedai makan Sederhana Padang. Aku sgt suka kedai ni bersih dan sedap dan halal juga.
Husband and kinah (anak sedara) g jalan2 sekitar bandar Jakarta mlm tu.
Selesai makan kitorg terus ke Pasaraya Mangga Dua. Kt sini byk sgt kedai. Ala2 Pasar Payang kalau kt Terengganu. Tapi kt sini kena hati2 sikit bile nk membeli. Sbb bila dh tawar menawar then xjd beli mmg kena maki. Kakak ipar dh kena terus xlalu dh kedai tu. KT sini byk boleh beli baju kanak2, blouse, aksesori wanita, pakaian lelaki mmg byk pilihan. Tapi kena bijak tawar.
Gmbaran kedai di Mangga Dua. Mmg byk tingkat. Jgn sampai sesat. Kt sini boleh withdraw duit kalau rase xcukup. cuma rate dia ikut bank rate compared ti tukar kt money changer.
Mainlah sampai lebam. Tp kena perhati juga sbb budak2 sini lasak2. Ilyas terkena kaki budak pompuan mase turun dari gelongsong. Ada parent tu kata budak perempuan tu tolak Ilyas pakai kaki. Menangis sikit pastu sambung main lagi.
Lps habis mencuci mata di Senayan Mall, kitorg pun blk ke hotel dgn melalui jalan yg super sesak amat.
Maka habis la episod 1 perjalanan kami. Next aku sambung episod 2 plak ye. Tp xjanji la bila.. yg ni pun sebulan baru siap. Entah2 episod 2 tahun dpn baru release. kuang kuang kuang!!!
Bento Beginner #2
Tp dh lambt. Jd buat ikut mane dan. Sbb pg td ngada2 nk masak nasik n buat sambal ikan untuk diri sendiri.
Yg ni bento utk anak2. Smlm sblm tdo tunjuk gmbr2 bento kt Idris.. Udah dia minta bento snowman pulak.. harus la esok mak try bekalkan nasi utk dia.
Sunday, 16 February 2014
Bento Benti
Penyakit musim namanya
Mase preggy Ilyas kemaruk menjahit. cadar, sarung bantal, barut, selimut, tirai dan mcm2 lagi. sanggup berjaga sampai 2/3 pagi semata2 nk menjahit.
Lps tu senyap.. bersalin n hidup dh mcm roller coaster terus minat menjahit terkubur.
simpan semua mesin. perca. gunting n tok neneknya
Lps tu aku minat craft. Siap pegi kelas craft. Any craft mcm felt atau clay.
Maka belila semua keperluan craft. Pastu hangat2 t**i ayam. felt kemana clay kemana.
Then minat buat bento utk Idris. But since aku super liat nk bgn pg maka bento tukar jd nasi lemak makcik kiah tepi jalan. hilang la semua utensil utk bento.
Then dtg balik kemaruk nk menjahit. Siap beli kain perca kt Mercy semata2 nk jahit cantum2 then jd tirai or selimut la kunun. Kuarkan balik mesin jahit. Beli gunting baru sbb yg lama dh hilang. Pstu asal aku dekat kt mesin ramai keliling nk kutil2 tepi mesin tu
So terbantut la niat tiap kali nk menjahit walhal kain utk buat sarung bantal dh byk potong.
So sekarang ape pulak??
Bile bukak fb kwn post gmbr dia buat bento utk ank dia.. eh.. eh.. mcm best je.. maka google n pinterest blk psl bento ni.
1st trial buat simple.. xdan nk snap gmbo. Tp Idris suka.. dia mntk lg roti dgn cheese yg ada smiley tu.
Kemaruk xhabis dgn mengoogle malah disusuli dgn kunjungan hormat ke daiso ioi mall.
Kahkahkah.. ni nama dia bekal tgh bulan yg bertujuan utk menghabiskan stock dalam peti ais.
Nenas baki masak sweetsour smlm, jagung paw Idris punye dan limau kena bwk sbb beli 2 bungkus.. dasar tamak.. sihat betul breakfast aku pg ni.. namun tekak teringin yg pedas hoi..
Wednesday, 5 February 2014
Sinki Tersumbat
2. Dapatkan cuka (paling kurang 1liter) dan Soda Bicarbonate yang biasa org buat campuran kalau buat cekodok pisang tu.
3. Kemudian taburkan Soda Bicarbonate tu ke lubang air (bubuh dalam 5 sudu) dan tuangkan cuka (agak2 satu cawan)
4. Biarkan dalam setengah jam.. test dh ok ke blm.. kalau masih tersumbat lg ulang kaedah di atas dengan kuantiti yg lebih. Macam dlm kes aku.. aku ulang 3 kali.. then tinggal semalaman. Esok pg try dh clear.
Singki aku ni tersumbat dia sampai melimpah2 kt bawah ni jd banjir. asik2 kena mop.. aku risau anak2 aku je berlari then terjadi perkara yang tidak diingini.
Tuesday, 4 February 2014
Aku-JPJ-BPA
Cermin kereta aku ditampal dengan tinted yang amat gelap. Mmg xlepas kalau buat inspection. Tujuan aku tinted gelap2 adalah kerana dulu kala ank aku mmg gemar menyusu di dalam kereta. Sehingga aku disekodeng pemandu lain terutama pemandu lori atau bas. Lantas aku memasangkan tinted agak gelap memandangkan sudah byk kali auratku terlihat oleh org luar. Kena tahan jpj tu blkg kira sbb kereta ni hanya berjalan dr rumah ke opis ke dlm 10 menet.
Dengan muka ketatnya aku mengambil surat tersebut dan blah. Drpada ko duk tahan2 aku baik ko kejar lori2 hantu bukan main belambak kt area rumah aku. Baik saman mat2 rempit yg duk berlumba sana sini tiap2 malam. Baik saman kereta2 yg obviously modified dengan exzose besar yg membingitkan. Bongok!!!
8 Julai aku pun ke JPJ Bangi utk buat inspection.
JPJ bangi ni mmg hazab la nk cri parking. Aku park kt depan shoplot belakang JPJ tu. Mmg jauh amat nk menapak. Pulak tu bahagian inspection duk tingkat 1. Kena pulak naik tangga. Bile dipanggil dikaunter tu dia suruh alih keter.. parking depan pintu JPJ then tggu sampai dia dtg utk inspection. Bongok skali lg. Nk keja senang je ko kan.. Lps inspection pun sama.. kena cari parking then kena naik balik utk amek result. Mmg mcm jahanam aku ckp. Dlm hati menyumpah2 xhingat.
Selepas selesai inspection aku diberikan kertas putih sebagai bukti yg cermin aku mmg clear xde tinted. Bhabibul.
Nk dijadikan cerita, pada 11 Disember hr tu aku dpt surat dr mahkamah Jalan Duta. Suruh aku g ke mahkamah sbb engkar arahan utk buat inspection. Watder.....
Terus suami tanya aku.. "result inspection hr tu mane? tu pentingnya buat fail. xde la hilang2"
gulp
Mati la.. sah sah suami xnk tolong dh.
esoknya. bile masuk opis aku terus call JPJ. Pegawai tu ckp kena dtg JPJ bangi utk mntk blk copy result hr tu.
Ok.. xpe.. so aku gagahkan diri pegi JPJ bangi utk dptkan blk salinan result tu.
"Puan.. kami perlukan masa utk dapatkan semula result inspection puan"
"Xboleh dptkan sekarang ke sbb sy dtg dr cyber ni. nk dtg balik mmg agak susah. lgpun sy igt tarikh sy buat inspection tu bila"
"Pegawai yg incharge tu xde la hr ni puan"
Kepala h***k ko la bg alasan mcm tu. xkan xde back up.. sorg tu jaga inspection sorg tu la yg ko harap.. xde team ke JPJ. agak2 la nk membongak.. aku pun gomen gak.
Aku blk dengan tangan kosong. Dlam otak ligat pk cemana nk setllekan sbb last date ke mahkamah is on 24 Jan 2014. Dan aku akan ke Jakarta from 15-22 Jan.
Sempat ke ni???? habisla kena marah dgn suami.
Puas aku cari kaki kt JPJ ni.. semua org aku tanya
1. Jiran kpd kawan aku - xleh tolong sbb dh transfer ke JPJ putrajaya
2. Kawan opis transfer ke JPJ putrajaya, dia emailkan ke JPJ bangi pun xde ape2 berlaku
3. Kawan kepada kawan kata dia check kt sistem my SIKAP xde data aku buat inspection.
JADAHNYA!!!!
Lepas aku g bangi utk dptkan salinan result hr tu.. tiap2 hari aku akan call JPJ bangi utk tanyakan status.
dan macam2 alasan diorang bg.
habistu.. bile boleh selesai???
Dan yang terakhir aku dpt advice dr kawan opis aku..
"Ko try la isi kt Biro Pengaduan Awam.. aku dgr sistem tu bagus.. derang selesaikan dlm seminggu"
"Serius!!!.. Ok aku try"
Kenangan pokok pisang
Monday, 3 February 2014
Mistik Ni-yang-merapik
Pada suatu malam yang sunyi, sedang semua warga dorm sedang nyenyak tido tiba2 anda terjaga kerana terasa gatal dan perlu keruk2 di bahagian gatal itu.
Sementara itu kedengaran bunyi angin sayup2 seakan bunyi ribut sedang meniup kencang.
"Wiiiiiyyyyuuuuuuuuuu!!!!"
Tirai dorm mula berkibar2 sehingga menampakkan objek yang berada di luar bangunan. Ye.. di luar kawasan dorm aku adalah hutan. Dan aku tdo menghadap tingkap yang telah tiada cermin dan menghadap belukar.
Tiba2.. aku terdengar namaku di panggil. Ani mengajak aku untuk tido disebelahnya. Tanpa membuang masa aku bangun dan tdo sekatil dengannya. Aku merasa agak kurang selesa. Maklumla katil asrama. Ani pulak bdn xde la besar tp xde la kecik.. cuma bile berdua mmg xselesa nk mengiring atau mengubah kedudukan.
Angin masih bertiup kencang.
Dan aku mula merasakan tangan Ani merangkul lengan aku. Dalam keadaan mata terpejam aku boleh mendengar mulut Ani terkumat kamit membaca sesuatu. Kami berpelukan sehingga pagi.
Keesokkan harinya, rutin harian asrama berjalan seperti biasa. Kesan hujan mlm td jelas kelihatan di sekitar kawasan asrama. Aku terserempak dengan Ani sewaktu hendak turun solat maghrib berjemaah.
"Ani kenapa mlm td?"
"Ani terjaga dr tido terdengar bunyi angin kuat... beserta dengan bunyi hilaian di atas bumbung asrama"
"?????.. cemana Ani boleh panggil Anies?"
"Sbb Ani ternmpk Anies gerak2 sambil garu punggong"
.
.
.
.
.
.
Ni citer seram ke citer klaka..
Tp part mengilai tu mmg real. Sbb org dewan makan pernah ternmpk 'bende' tu beterbangan kt atas bumbung asrama pompuan. Nasib baik aku xdgr.. kalau tidak mau demam seminggu.
Skrg aku xleh tdo sbb gatal sgt nk buat entry ni.
Dh la esok kena bg taklimat kt Pusat Sains Negara.
Asal pejam mata je dh terbayang peristiwa kt atas. Tu blm lagi kisah jelmaan pengawas di pagi hari. Hadoi.. lg seram.
Good nite.